Minggu, 21 Oktober 2012

Otak Albert Einstein

OTAK ALBERT EINSTEIN

Otak Albert Einstein, seorang saintis dan genius fisik yg menemukan teori relativiti umum, teori relativiti khas dan kesan fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima hadiah nobel fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia. pameran tersebut telah berlangsung selama 9 hari.
Anna Dhody, kurator Muzium tersebut menyatakan dalam satu temubal bahwa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein. Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan dibawah baah miskroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut. Beliau berharap melalui pameran itu ia dapat mendorong ramai pengunjung dan peminat sains untuk mengkaji tentang sains kajian otak dan fisiologi.

Sejumlah 45 bagian otak Einstein itu telah melalui perjalanan yang sangat unik.ia bermula dari kematian saintis tersohor itu pada tahun 1955 akibat abdominal aneurism. Thomas Harvey seorang ahli patologi telah mengambil otak tersebut sebagai satu spesimen untuk ujikaji autopsi yang dijalankan oleh beliau.
Pengambilan otak Einstein telah menimbulkan kontroversi. Harvey mengatakan bahwa keluarga Einstein telah memberikannya hak, sementara sebahagian ahli keluarganya yang lain membantah. Harvey menerima nasib buruk apabila beliau kemudiannya di pecat dari melakukan tugasnya. walau bagaimanapun beliau tetap menyimpan otak saintis terkenal itu dengan selamat. Selepas peristiwa itu, Harvey membuat pembedaan pada otak Einstein kemudian membahagikan sebahagiannya kepada William Ehrich, seorang ahli patologi dari Philadelphia. Setelah Ehrich meninggal dunia, kerataan tersebut sempat diberika kepada beberapa individu yang lain sehingga sampai ke Muzium Mutter. Dhody, salah satu tujuan pameran ini adalah untuk membenarkan orang ramai melihat bagaimana struktur manusia yang dikatakan genius itu. Menurutnya ia sekaligus menekankan bahwa hingga saat ini belum ada satu saintispun yang tahu apa yang menyebabkan Einstein begitu pintar. jika ditinjau dari perkembangan penerokaan otaknya.
Beberapa penyelidik melaporkan tentang keunikan otak Einstein. Salah satunya ialah hasil kajian Lucy Rorke-Adams dari Hospital Khas Kanak-kanak di Philadelphia. Hasil kajian menunjukkan bahwa otak Einstein berusia lebih muda dari yang sepatutnya secara mikroskopik.
"Beliau meninggal pada usia 76 tahun, jadi beliau merupakan seorang yang sudah tua. Tapi Dr Rorke-Adam mengatakan, jika anda melihat otaknya, anda akan tahu bahwa otaknya kelihatan muda." kata Dhody seperti dilaporkan dilaman web Livescience. pada November 2011 yang lalu.
Walaupunmasyarakat mungkin tidak memahami tentang apa sebenarnya keunikan tentang kajian otak seorang saintis seperti Einstein, namun otak saintis genius itu masih boleh dilihat oleh orang ramai di sebuah muzium. Apalagi Einstein adalah salah satu fenomena di abad 20, yang hingga kini ia masih menjadi perbincangan di kalangan saintis dan pengkaji, terutama yang berkaitan dengan neutrino yang dikatakan melebihi halaju cahaya baru-baru ini.